Daftar Kursus Kahwin

Daftar Kursus Kahwin

Anda Dan Pasangan Dah Ada Sijil Kursus Kahwin?


Kalau belum - baik anda buat persediaan awal-awal kerana sijil kursus kahwin ini "mesti ada" sewaktu anda nak hantar borang nikah dengan Imam Jurunikah Kariah di kawasan masjid anda.


Ramai bakal pengantin yang stress, tertekan dan kelam-kabut kerana tarikh nikah dah dekat TETAPI sijil kursus kahwin masih belum ada. 


Anda dan pasangan pula macam mana?



Adakah anda . . .

  • Anda nak nikah - tetapi anda & pasangan masih BELUM ADA sijil kursus kahwin ?

  • Anda nak akad nikah - tetapi anda & pasangan TAK TAHU KAT MANA nak ambik kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin yang SAH & BERTAULIAH ?

  • Anda nak buat majlis perkahwinan - tetapi anda dan pasangan TAK TAHU MACAM MANA CARANYA nak memohon kebenaran berkahwin atau memohon kebenaran nikah  dari Jabatan Agama Islam?

  • Anda nak kahwin, tetapi anda tak tahu senarai "DOKUMEN WAJIB" apa yang anda & pasangan kena sediakan untuk memohon kelulusan nikah? 

  • Anda hendak nikah, tetapi anda dan pasangan ada HALANGAN ? Contohnya - pasal wali, pasal saksi, dokumen tak cukup, nak nikah dengan warga asing atau pening dengan proses nikah antara dearah atau negeri  
  • Anda tak tahu macam mana nak isi "borang permohonan online" yang and perlu isi untuk permohonan kebenaran berkahwinan permohonan kebenaran nikah.

  • Anda tak tahu kat siapa anda boleh RUJUK kalau anda TERSANGKUT atau pening-pening sewaktu anda isi borang permohonan online untuk memohon kelulusan pernikahan anda?


Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Tahukah anda bahawa sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH dari JAWI untuk kawasan Kuala Lumpur.

Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

  • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kelulusan nikah.


Ramai yang dah settle. Kini, giliran anda & pasangan pula . . .



Tahukah Anda Yang . . .

  • Kursus kahwin pada waktu PKPP ni TAK LAMA - 1 HARI SETENGAH saja (kursus tamat pada jam 2.30 hari ke-2 iaitu hari Ahad)

  • TIADA UJIAN LISAN atau TIADA UJIAN BERTULIS sewaktu kursus kahwin berlangsung. Anda cuma perlu DUDUK & DENGAR sahaja. 

  • Malah ada 3 KALI MAKAN-MAKAN. Jadi, anda tak perlu dah nak keluarkan duit lain nak makan-makan.


Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

Kalau anda belum tahu:

  • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysiatidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

  • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.






Kat Mana?  

Anda boleh pilih antara 3 pusat kursus kahwin ni (bergantung kepada lokasi anda, dan mengikut keselesaan anda dan pasangan):

  1. Kursus kahwin Danau Kota 
  2. Kursus kahwin Batu Caves
  3. Kursus kahwin Setiawangsa
  4. Kursus kahwin Taman Tun (Damansara/TTDI)


1. Kursus Kahwin Danau Kota 

Tingkat 1 Medan Selera Danau Kota

Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah

53300 Kuala Lumpur




Lokasi Tepat kursus kahwin Danau Kota


Kalau anda belum tahu - Dewan Ceramah Kursus Kahwin Danau Kota ini lokasinya dekat sangat dengan shopping komples Setapak Sentral dan Bubblebee Danau Kota (dalam jarak 5 minit sahaja).

Ianya terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota.

Di tingkat 1 Bangunan Medan Selera Danau Kota.

Bersebelahan Shell dan Petronas Danau Kota.


Paling mudah kalau anda gunakan WAZE atau Google Maps dengan search "Kursus Kahwin Danau Kota".

Insya-Allah mudah jumpa.



2. Kursus Kahwin Batu Caves 

Dewan Ceramah Masjid Saidina Hamzah
Jalan 6/12C, Kampung Batu Muda
51100 Kuala Lumpur






Lokasi Tepat Kursus Kahwin Batu Caves

Kursus kahwin kami ini amat sesuai jika anda berada di kawasan Batu Caves, Selayang, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Taman Gombak Setia, Gombak, Greenwood, Sentul, Setapak tak kira Kuala Lumpur atau Selangor kerana JAIS (Selangor) pun terima sijil kursus kahwin JAWI.

Ianya berdekatan dengan Giant Batu Caves, stesen minyak, dan banyak kedai makan di sekelilingnya.

Di tepi masjid ada Restoran Ramly Burger dan mesin ATM dalam kawasan masjid.

Cukup mudah anda nak jumpa menggunakan GOOGLE MAPS atau WAZE dengan menaip “Masjid Saidina Hamzah”.

Parking yang luas dalam kawasan dan di sekeliling masjid.


NOTA PENTING:

Kursus kahwin ini berlangsung dalam dewan ceramah yang berasingan dari dewan solat. Jadi, tiada masalah bagi peserta perempuan untuk hadir berkursus di sini walaupun berada dalam keadaan uzur (dalam haid).



3. Kursus Kahwin Setiawangsa 

3, Jalan Setiawangsa 9
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur






Lokasi tepat kursus kahwin Setiawangsa

Atas Klinik Mediveron.
Sebaris Cimb Setiawangsa & di atas Klinik Mediviron.


4. Kursus Kahwin Taman Tun (Damansara/TTDI)
Dewan Ceramah Masjid Al-Ghufran
6C, Jalan 4/71b
Taman Pinggir Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur






Lokasi tepat:

Belakang Petronas di tepi LDP.



Tarikh Kursus Kahwin Yang Available

Kursus kahwin dibenarkan dianjurkan oleh JAWI hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.

Setiap 1 sesi kursus kahwin hanyalah 1 HARI SETENGAH sahaja (kursus kahwin tamat jam 2.30 petang hari ke-2).


Untuk TARIKH TEPAT PENGANJURAN dan JUMLAH SEAT yang masih AVAILABLE, mohon anda lihat di bawah sekali dalam laman web ini.



Waktu Atau Masa Kursus Kahwin

Sabtu dan Ahad (1 hari setengah sahaja):

Hari 1 (Sabtu)

  • 8.00 – 8.50 pagi – ambil file dan buku serta sarapan (sarapan disediakan).

  • 9.00 pagi – taklimat ringkas dan kursus kahwin akan bermula sehingga jam 6.30 petang (makan tengahari disediakan)
  • 6.30 petang - para peserta kursus kahwin bersurai.

(Ada break antara topik dan rehat jam 1-2 petang)


Hari 2 (Ahad)

Kursus kahwin bermula jam 8.30 pagi dan TAMAT pada jam 2.30 petang (ada makan pagi jam 10 pagi).

(Ada break antara modul dan makan pagi)



Berapa Yuran Tu?

Yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain (kecuali caj pos/courier kalau nak kami poskan sijil ke mana-mana alamat seluruh Malaysia - caj sekali hantar tak kira berapa sijil).

Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.


NOTA PENTING!

Untuk booking atau pendaftaran pada laman web ini, anda hanya perlu masukkan DEPOSIT RM20 sahaja terlebih dahulu.
Anda boleh bayar balance yuran pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.

TIADA REFUND DEPOSIT jika anda batalkan kehadiran anda ke kursus kahwin kerana anda boleh TUKAR TARIKH kursus kahwin anda ke tarikh lain ikut pilihan anda.


    Apa Yang Perlu Bawak Sewaktu Hadir Kursus Kahwin Nanti ?

    Kami akan maklumkan kepada anda (melalui Whatsapp) supaya anda dapat menyediakan beberapa perkara sebelum hadir ke kursus kahwin nanti:

    1. Printout proof of payment atau gambar resit pembayaran

    2. Satu salinan IC

    3. Facemask (pilihan, tak diwajibkan)

    4. Borang kursus kahwin (akan diberikan oleh Admin dalam Whatsapp).



    NOTA PENTING - peserta yang tidak sihat, demam, batuk atau ada tanda-tanda (gejala) yang meragukan tidak akan dibenarkan masuk atau sertai kursus kahwin.




    Nak Pakai Macam Mana Bila Datang Kursus?


    Senang. Ikut macam ni je.

      Peserta lelaki - kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans lusuh

      Peserta perempuan - sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat.

        Jangan lupa, tau?




          Bila Tamat Kursus Kahwin, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

          Setelah anda masuk atau sertai kursus kahwin, sijil akan dikeluarkan oelh JAWI selepas 3 hari bekerja.

          Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui WhatsApp.


          Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

          Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

          1. Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima Whatsapp makluman dari kami. Ofis kami dibuka 5 hari seminggu:

          a. Selasa, Rabu dan Khamis (dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang)

          b. Sabtu dan Ahad (Sabtu: 10 pagi – 5 petang. Ahad: 10 pagi – 1 tengahari)

          c. Jumaat, Isnin dan hari cuti umum – ofis kami tidak beroperasi

          PENTING – bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

          (Nota penting – waktu ofis tertakluk kepada perubahan semasa – jika ada. Dan ianya akan dimaklumkan kepada para peserta)

          Atau,

          2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda. Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

          Ataupun,

          3. Anda boleh gunakan khidmat pos/courier yang kami sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

           
          Nota:

          Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.




          Soalan Lazim

          Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
          A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

          Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
          A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

          Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
          A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 

          Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
          A. Mereka perlu membawa MyPR, MyKAS atau passport serta 1 salinannya.




          Kenapa Ye Ramai Pasangan Dan Bakal Pengantin Sering Pening-Pening Dan Stress?

          Haaa! Kenapa ye jadi pening-pening dan stress?

          Sedangkan majlis kahwin ni nak kena happy-happy.

          Kenapa?

          Dari pengalaman kami yang dah berbelas tahun membantu pasangan atau bakal pengantin, kebanyakan dari mereka ni:

          1. Sediakan "dokumen-dokumen wajib" untuk memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam Negeri secara ‘last minit’.

          2. Ramai pasangan jadikan kursus kahwin perkara yang ‘last’ dalam senarai persiapan perkahwinan mereka. Mereka tak ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri. 

          3. Mereka tak tahu macam mana nak lengkapkan borang permohonan secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat. 

          4. Mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa sekiranya mereka ‘sangkut’ dalam usaha nak dapat kelulusan nikah.


          Jadi, bagi elakkan perkara-perkara macam ni terjadi kepada anda & pasangan, eloklah anda & pasangan sertai kursus kahwin ni lebih awal.

          Dalam kursus kahwin nanti, anda & pasangan boleh tanya habis-habis penceramah apa-apa sahaja yang anda musykil atau tidak faham. 

          Malah anda boleh memohon jasa baik untuk menghubungi penceramah atau tenaga pengajar ini walaupun selepas kursus kahwin tamat.

          Insya-Allah. Biasanya, mereka akan sudi membantu.




          Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?

          Anda boleh buat macam ni:

          1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta. Ini untuk elakkan SPAM dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

          1. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

          2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan IC anda.

          3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

          4.  PADA BUTIRAN PEMBAYARAN DEPOSIT (RM20) - buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai).

          Sewaktu anda lakukan transaksi dari bank account anda, mohon anda letakkan reference sewaktu nak transfer online:

          a. RECIPIENT REFERENCE: masukkan TARIKH KURSUS ANDA 

          b. Dan OTHER PAYMENT DETAILS / PAYMENT DETAILS : masukkan NAMA PESERTA


          5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan "resit bank transfer atau proof of payment".

          6. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik "hantar".

          7. Selepas pengesahan dibuat, mohon anda tunggu makluman, info, aturcara atau panduan dari Admin.
           
          8. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan "nombor invois". 



          NOTA PENTING!

          Untuk booking atau pendaftaran pada laman web ini, anda hanya perlu masukkan DEPOSIT RM20 sahaja terlebih dahulu.
          Anda boleh bayar balance yuran pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.

          TIADA REFUND DEPOSIT jika anda batalkan kehadiran anda ke kursus kahwin kerana anda boleh TUKAR TARIKH kursus kahwin anda ke tarikh lain ikut pilihan anda.



          Jom masuk kursus kahwin awal-awal!



          Ribuan terima kasih


          Admin

          Daftar Kursus Kahwin




          p.s. Yang masih bujang, solo atau belum nak kahwin pun boleh masuk kursus kahwin ni. Sijil kursus kahwin kan TAK EXPIRED. Simpan elok-elok. Bila nak kahwin, sijil kursus kahwin dah ada.

          p.p.s Orang-orang dari negeri-negeri lain selain KL macam mana? Boleh join, tak? Apasal pulak tak boleh? Kursus kahwin ini terbuka kepada sapa-sapa sahaja dari seluruh Malaysia. Ini kerana sijil kursus kahwin JAWI ini sah laku untuk digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

          p.p.p.s Ramai muda-mudi atau pasangan telah ambil kesempatan masuk kursus kahwin awal-awal sekarang sewaktu UJIAN masih belum diwajibkan




          Mohon anda lihat dan pilih tarikh kursus kahwin dan seat yang available (real time) di bawah sekali pada laman web ini.

          Nota: 1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta. Ini untuk elakkan SPAM dari pihak yang tidak bertanggungjawab.


          NOTA PENTING!

          Untuk booking atau pendaftaran pada laman web ini, anda hanya perlu masukkan DEPOSIT RM20 sahaja terlebih dahulu.
          Anda boleh bayar balance yuran pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.

          TIADA REFUND DEPOSIT jika anda batalkan kehadiran anda ke kursus kahwin kerana anda boleh TUKAR TARIKH kursus kahwin anda ke tarikh lain ikut pilihan anda.




          Permit Penganjuran JAWI:

          Danau Kota – MYD Solution (001829252-W)

          Batu Caves – Siarra Ventures (SA0295249-H)

          Setiawangsa - Mahligai Firdaus Enterprise (001700384D)

          Taman Tun (Damansara/TTDI) - Astana Mukmin


          Payment gateway dan payment processing (Toyyibpay): AFA Bizventures PLT (LLP0008397-LGN)


          Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

          Ruangan yang wajib diisi

          BUTIRAN PEMBELIAN

          Produk Kuantiti Harga (RM)
          OGOS 2023 - Deposit kursus kahwin BATU CAVES 26 & 27 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          OGOS 2023 - Deposit kursus kahwin DANAU KOTA 26 & 27 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          OGOS 2023 - Deposit kursus kahwin SETIAWANGSA 26 & 27 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          OGOS 2023 - Deposit kursus kahwin TAMAN TUN, DAMANSARA (Masjid Al-Ghufran) 26 & 27 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin BATU CAVES 09 & 10 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin DANAU KOTA 09 & 10 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin SETIAWANGSA 09 & 10 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin BATU CAVES 16 & 17 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin DANAU KOTA 16 & 17 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin SETIAWANGSA 16 & 17 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin TAMAN TUN (DAMANSARA) 16 & 17 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin BATU CAVES 23 & 24 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin DANAU KOTA 23 & 24 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin SETIAWANGSA 23 & 24 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin TAMAN TUN (DAMANSARA) 23 & 24 Sept 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin BATU CAVES 30 Sept & 1 Okt (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin DANAU KOTA 30 Sept & 1 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin SETIAWANGSA 30 Sept & 1 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          SEPT 2023 - Deposit kursus kahwin TAMAN TUN (DAMANSARA) 30 Sept & 1 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
          JUMLAH
          JUMLAH KESELURUHAN (RM)
          Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

          BUTIRAN PELANGGAN

          BUTIRAN PEMBAYARAN


          PENGESAHAN