Kursus Kahwin Danau Kota (Face To Face/Bersemuka)

Kursus Kahwin Danau Kota (Face To Face/Bersemuka)

Adakah anda . . .

  • Anda nak nikah, tetapi anda & pasangan masih BELUM ADA sijil kursus kahwin ?

  • Anda nak akad nikah, tetapi anda & pasangan TAK TAHU KAT MANA nak ambik kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin yang SAH & BERTAULIAH ?

  • Anda nak buat majlis perkahwinan, tetapi anda dan pasangan TAK TAHU MACAM MANA CARANYA nak memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam?

  • Anda nak kahwin, tetapi anda tak tahu 'DOKUMEN WAJIB' apa yang anda & pasangan kena sediakan untuk memohon kelulusan nikah? 

  • Anda hendak nikah, tetapi anda dan pasangan ada HALANGAN ? Contohnya - pasal wali, pasal saksi, dokumen tak cukup, nak nikah dengan warga asing atau pening dengan proses nikah rentas negeri.   

  • Anda tak tahu kat siapa anda boleh RUJUK kalau anda ‘’TERSANGKUT ATAU BUNTU" sewaktu anda hendak isi borang dalam sistem online untuk memohon kelulusan pernikahan anda?


Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Tahukah anda bahawa sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH (dari JAWI & JAKIM) untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

  • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kelulusan nikah.


Kini, giliran anda & pasangan pula . . .


___________________________________________________________________________________________________


Tahukah Anda Yang . . .

  • Kursus kahwin pada waktu ni TAK LAMA - 1 hari setengah saja (13 jam wajib)

  • TIADA UJIAN LISAN atau TIADA UJIAN BERTULIS sewaktu kursus kahwin berlangsung. Anda cuma perlu DUDUK & DENGAR sahaja. 

  • Malah ada 3 KALI MAKAN-MAKAN sepanjang waktu berkursus. Jadi, anda tak perlu dah nak keluarkan duit lain nak makan-makan.

___________________________________________________________________________________________________


Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

Kalau anda belum tahu:

  • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

  • Sijil kursus kahwin ini DITERIMA oleh semua Jabtan Agama Islam di seluruh Malaysia

           (NOTA PENTING - kalau sijil kursus kahwin online, ianya TAK DITERIMA di Perak/Perlis/Terengganu/Sabah)

  • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.


_____________________________________________________________________________________________________


Kat Mana?  

Kat Dewan Ceramah Kursus Kahwin Danau Kota 



Kat Mana Dewan Ceramah Kursus Kahwin Danau Kota?


Kalau anda belum tahu - Dewan Ceramah Kursus Kahwin Danau Kota ini lokasinya dekat sangat dengan shopping komples Setapak Sentral dan Bubblebee Danau Kota (dalam jarak 5 minit sahaja).

Ianya terletak betul-betul di tapak Uptown Danau Kota.

Di tingkat 1 Bangunan Medan Selera Danau Kota.

Bersebelahan Shell dan Petronas Danau Kota.


Paling mudah kalau anda gunakan WAZE atau Google Maps dengan search "Kursus Kahwin Danau Kota".

Insya-Allah mudah jumpa.


Manakala alamat tepatnya adalah:


Kursus Kahwin Danau Kota

Tingkat 1 Medan Selera Danau Kota

Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah

53300 Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________


Tarikh Kursus Kahwin Yang Available

Pada waktu ini, kursus kahwin dibenarkan dianjurkan hanyalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, setiap minggu.

Setiap 1 sesi kursus kahwin hanyalah 1 hari setengah sahaja (kursus kahwin tamat pada pukul 2 petang hari ke-2)

Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang avaialable (real time), anda boleh lihat atau daftar "di bawah sekali pada laman web ini".
___________________________________________________________________________________

Waktu Atau Masa Kursus Kahwin

Waktu atau aturcaranya sebegini:

1. Sabtu (hari 1)

+ 8 pagi: ambil file, buku dan sarapan
+ 8.50 – 9 pagi: taklimat
+ 9 pagi – 6.30 petang: kursus berlangsung
+ 6.30 petang: para peserta bersurai

(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 1-2 tengahari dan waktu solat Asar)


2. Ahad (hari 2)

+ 8.30 pagi – 2.30 petang
+ 2.30 petang: kursus TAMAT

(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 10.30 pagi)


______________________________________________________________________________________


Berapa Yuran Tu?

Yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

Ianya sudah ‘all in’ sudah termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain (kecuali caj pos/courier kalau nak kami poskan sijil ke mana-mana alamat seluruh Malaysia - caj sekali hantar tak kira berapa sijil).

Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.

________________________________________________________________________________________


Apa Kata Muda-Mudi Atau Bakal Pengantin Yang Dah Join Kursus Kahwin Danau Kota?









________________________________________________________________________________________________________________

Apa Yang Anda Perlu Sediakan Apabila Hadir Kursus Kahwin Nanti ?

Kami akan maklumkan kepada anda (melalui WhatsApp) supaya anda dapat menyediakan beberapa perkara sebelum hadir ke kursus kahwin nanti:

1. Printout proof of payment atau gambar resit pembayaran yuran yang telah dibuat

2. Satu salinan IC

3. Face mask

4. Borang kursus kahwin (akan diberikan oleh Admin melalui WhatsApp).

5. Apps MySejahtera



NOTA PENTING - peserta yang tidak sihat, demam, batuk atau ada tanda-tanda (gejala) yang meragukan tidak akan dibenarkan masuk atau sertai kursus kahwin.

_________________________________________________________________________________


Nak Pakai Macam Mana Bila Hadir Kursus?

Senang. Ikut macam ni je.

    Peserta lelaki - kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans koyak atau lusuh.

    Peserta perempuan - sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat.

      Jangan lupa, tau?


      __________________________________________________________________________________

      Bila Tamat Kursus Kahwin, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

      Setelah anda masuk atau sertai kursus kahwin, sijil kursus kahwin akan dikeluarkan oleh JAWI selepas 3 hari bekerja.

      Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis kami, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui WhatsApp.

      _______________________________________________________________________________

      Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

      Setelah sijil kursus kahwin anda siap dikeluarkan oleh JAWI dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:


      1. Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima Whatsapp dari kami. Ofis kami dibuka 5 hari seminggu:

      a. Selasa, Rabu dan Khamis (dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang)

      b. Sabtu dan Ahad (Sabtu: 10 pagi – 5 petang. Ahad: 10 pagi – 1 tengahari)

      c. Jumaat, Isnin dan hari cuti umum – ofis kami tidak beroperasi

      PENTING – bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

      (Nota penting – waktu ofis tertakluk kepada perubahan semasa – jika ada. Dan ianya akan dimaklumkan kepada para peserta)


      Atau,

      2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda. Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).


      Ataupun,

      3. Anda boleh gunakan khidmat pos/courier yang kami sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.


      Nota - perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.



      _______________________________________________________________________________________________________________


      Soalan Lazim

      Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
      A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

      Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
      A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin ini tak expired. Jadi, simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

      Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
      A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 

      Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
      A. Mereka perlu membawa MyPR, MyKAS atau passport serta 1 salinannya.
      ______________________________________________________________________________


      Kenapa Ye Ramai Pasangan Dan Bakal Pengantin Sering Pening-Pening Dan Stress?

      Haaa! Kenapa ye jadi pening-pening dan stress?

      Sedangkan majlis kahwin ni nak kena happy-happy.

      Kenapa?

      Dari pengalaman kami yang dah berbelas tahun membantu pasangan atau bakal pengantin, kebanyakan dari mereka ni:

      1. Sediakan "dokumen-dokumen wajib" untuk memohon kebenaran nikah secara ‘last minit’.

      2. Ramai pasangan jadikan kursus kahwin perkara yang paling "last" dalam senarai persiapan perkahwinan mereka. Mereka tak ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri. 

      3. Mereka tak tahu macam mana nak lengkapkan dan hantar borang permohonan nikah secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat. 

      4. Mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa sekiranya mereka ‘sangkut’ dalam usaha nak dapat kelulusan nikah.


      Jadi, bagi elakkan perkara-perkara macam ni terjadi kepada anda & pasangan, eloklah anda dan pasangan sertai kursus kahwin ni lebih awal.

      Dalam kursus kahwin nanti, anda dan pasangan DIRECT BERTANYA kepada pakar (penceramah) apa-apa sahaja persoalan atau masalah yang menyebab anda buntu, kurang jelas atau kurang faham. 

      Malah anda boleh MEMOHON JASA BAIK untuk DAPATKAN NOMBOR TELEFON pakar (penceramah) supaya anda masih dapat bertanya mereka walaupun selepas kursus kahwin sudah tamat.

      Insya-Allah. Biasanya, mereka akan sudi membantu.


      ___________________________________________________________________________________________________

      Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?

      Anda boleh buat macam ni:

      1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (ini untuk mengelakkan SPAM dari mereka yang tidak bertanggungjawab).

      1. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

      2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan IC anda.

      3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

      4.  PADA BUTIRAN PEMBAYARAN - buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai).

      5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan "resit atau proof of payment".

      6. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik "hantar".

      7. Selepas itu, check email anda untuk lihat pengesahan dan maklumat penting.

      8. Anda akan terima Whatsapp yang remind anda tentang tarikh kursus kahwin, cara berpakaian, aturcara, masa dan dokumen apa yang anda perlu bawa.

      9. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan "nombor invois". 



      Jom daftar.


      Masuk kursus kahwin awal-awal.


      JOM!


      "Ribuan terima kasih dari team Kursus Kahwin Danau Kota"



      p.s. Yang masih bujang, solo atau belum nak kahwin pun boleh masuk kursus kahwin ni. Sijil kursus kahwin kan TAK EXPIRED. Simpan elok-elok. Bila nak kahwin, sijil kursus kahwin dah ada.

      p.p.s Orang-orang dari negeri-negeri lain selain KL macam mana? Boleh join, tak? Apasal pulak tak boleh? Kursus kahwin ini terbuka kepada sapa-sapa sahaja dari seluruh Malaysia. Ini kerana sijil kursus kahwin JAWI ini sah laku untuk digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

      p.p.p.s Ramai muda-mudi atau pasangan telah ambil kesempatan masuk kursus kahwin awal-awal sekarang sewaktu UJIAN masih belum diwajibkan

      ___________________________________________________________________________________________


      Mohon anda lihat dan pilih tarikh kursus kahwin dan seat yang available (real time) di bawah.

      NOTA PENTING: 1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (ini untuk mengelakkan SPAM dari pihak yang tidak bertanggungjawab)
      ___________________________________________________________

      TIADA REFUND akan diberikan sekiranya: 

      1. Ada "pembatalan last minit" atau "penangguhan last minit" (dalam masa 24 jam dari tarikh kursus yang didaftar).  ATAU
      2. TIDAK HADIR atau TIDAK SERTAI kursus yang telah didaftar TANPA sebarang makluman kepada Admin sebelum 24 jam dari tarikh kursus . ATAU
      3. Memaklumkan ketidakhadiran "SELEPAS" sesi kursus kahwin yang didaftar telah tamat atau telah berlangsung.

      ________________________________________________________________________________________________________


      Permit Penganjuran JAWI:

      MYD Solution (Danau Kota) – 200903030813 (001829252-W)



      Payment gateway dan payment processing:

      AFA Training Sdn Bhd (1157094-V )


      Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

      Ruangan yang wajib diisi

      BUTIRAN PEMBELIAN

      Produk Kuantiti Harga (RM)
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 02 & 03 Mar 2024 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 06 & 07 Mar 2024 (Rabu & Kahmis) HABIS STOK
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 09 & 10 Mar 2024 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 16 & 17 Mar 2024 (Sabtu & Ahad) HABIS STOK
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 23 & 24 Mar 2024 (Sabtu & Ahad)
      2
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 30 & 31 Mar 2024 (Sabtu & Ahad)
      39
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 06 & 07 Apr 2024 (Sabtu & Ahad)
      52
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 20 & 21 Apr 2024 (Sabtu & Ahad)
      72
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 24 & 25 Apr 2024 (Rabu & Khamis)
      70
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 27 & 28 Apr 2024 (Sabtu & Ahad)
      67
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 04 & 05 May 2024 (Sabtu & Ahad)
      82
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 11 & 12 May 2024 (Sabtu & Ahad)
      93
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 18 & 19 May 2024 (Sabtu & Ahad)
      98
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 22 & 23 May 2024 (Rabu & Khamis)
      96
      Kursus kahwin Danau Kota Face to face/Bersemuka 25 & 26 May 2024 (Sabtu & Ahad)
      100
      JUMLAH
      JUMLAH KESELURUHAN (RM)
      Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

      BUTIRAN PELANGGAN

      BUTIRAN PEMBAYARAN


      PENGESAHAN

      Boleh saya bantu?