Kursus Kahwin Online - Manjalara

Kursus Kahwin Online - Manjalara

PERHATIAN!

"Oleh sebab tempoh PKP di KL berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2021 - KURSUS KAHWIN ONLINE disediakan untuk anda sepanjang tempoh PKP.

Ianya terbuka kepada muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dari seluruh Malaysia .

Anda hanya perlu berada di depan handphone atau laptop anda sahaja serta ikut beberapa peraturan untuk anda layak dapat sijil kursus kahwin."


Yuran hanya RM60 untuk setiap peserta.

(NOTA PENTING: Bagi anda yang tinggal di Sabah, Terengganu atau Kedah dan nak mohon kebenaran nikah juga di Sabah, Terengganu atau Kedah – mohon anda check terlebih dahulu dengan Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masijd anda sama ada sijil kursus kahwin JAWI ini diterima atau tidak.)


__________________________________________


Kini anda dan pasangan akan dapat sertai kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin JAWI yang "TIADA EXPIRY DATE" - walaupun anda berada mana-mana tempat di seluruh Malaysia!

____________________________________________


Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?


Saudara dan saudari, 

Sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH dari JAWI  untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

  • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kebenaran nikah.


Sebagai satu usaha membantu pasangan dan bakal pengantin yang terkesan dengan PKPB / PKPD di seluruh Malaysia, kami di kursus kahwin Manjalara telah menyediakan khidmat kursus kahwin secara online.


Kini, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin - yang menjadi salah salah satu dokumen wajib pemohonan kebenaran nikah anda - anda hanya perlu:


1. Berada di depan gajet anda - handphone, atau tablet, atau PC, atau pun laptop - yang ada camera selama 5 jam 15 sahaja.

2. Habiskan "ceramah live" sebanyak 10 topik (modul).

3. Ianya TERBUKA kepada sesiapa sahaja dari seluruh Malaysia kerana sijil kursus kahwin JAWI SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

_______________________________________________________________________________


Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

Buat pengetahuan anda:

  • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysiatidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

  • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.


________________________________________________________________________________


Bila Tarikh Kursus Kahwin Online Yang Available?


Pada waktu PKPB / PKPD , kursus kahwin hanya dibenarkan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.

Setiap 1 sesi live kursus kahwin hanyalah 1 hari sahaja (kursus kahwin online tamat selepas 5 jam 15 minit sahaja)

Ini bermakna, kursus kahwin ini ada 2 sesi sahaja setiap minggu.

Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang masih available, anda boleh lihat "di bawah sekali pada laman web ini".

__________________________________________________________________


Waktu Atau Masa Kursus Kahwin Online?

Sabtu atau Ahad (sehari sahaja):

  • 8.30 – 9.00 pagi – dapatkan arahan dan link dalam Whatsapp Group Peserta untuk join kursus kahwin online melalui "MICROSOFT TEAMS". Check audio dan visual. Serta dengar sedikit penerangan dari Admin. 

  • 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 3.00 petang (ada break)
  • 3.00 petang - 3.15 petang - jawab soalan kefahaman
  • 3.15 petang - kursus kahwin online tamat

________________________________________________________________________________


Berapa Yuran Tu?

Pada waktu PKPP, yuran kursus kahwin online yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM60 untuk setiap peserta.

Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain yang berkaitan.

Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.
__________________________________________________________________



Bila Tamat Kursus Kahwin Online, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

Setelah anda sertai kursus kahwin online, sijil akan dikeluarkan oelh JAWI selepas 3 hari bekerja.

Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui  Whatsapp Group Peserta. 


Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

1.  Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima makluman dari kami (dalam Whatsapp Group Peserta). Ofis kami dibuka 5 hari seminggu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang (Isnin dan Jumaat - ofis cuti). Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

Sebelum datang, mohon tunggu makluman dalam Whatsapp Group Peserta terlebih dahulu.

Atau,

2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda.  Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

Ataupun,

3. Anda boleh gunakan khidmat courier kami (J&T Express). Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

Nota:

Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin online nanti.
______________________________________________________________

Apa Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Sertai Kursus kahwin Online Ini?

1. Kalau anda menggunakan smartphone atau handphone yang ada camera (kerana anda mesti nampakkan wajah atau muka anda sepanjang waktu kursus) - DOWNLOAD apps "MICROSOFT TEAMS" supaya anda dapat join sesi kursus kahwin nanti (link tutorial akan diberikan dalam Whatsapp Group Peserta). 

Kami akan berikan link. Anda klik dan join sahaja.

2. Kalau anda menggunakan laptop atau PC yang ada camera - anda boleh join kursus kahwin online ini dengan download atau TANPA download apps Microsoft Teams ini (sebaiknya gunakan browser sahaja tanpa perlu download web apps).
_______________________________________________________________________________________


Soalan Lazim

Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini tanpa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin online ini dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 
______________________________________________________________________________


Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Online Kat Sini?

Anda boleh buat macam ni:

1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta.

1. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan IC anda.

3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

4. PADA BUTIRAN PEMBAYARAN - buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai).

Sewaktu anda lakukan transaksi dari bank account anda, mohon anda letakkan reference sewaktu nak transfer online:

a. RECIPIENT REFERENCE: masukkan TARIKH KURSUS ANDA 

b. Dan OTHER PAYMENT DETAILS / PAYMENT DETAILS : masukkan NAMA PESERTA


5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan "resit bank transfer atau proof of payment".

6. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik "hantar".


7. Selepas pengesahan dibuat, kami akan masukkan nombor telefon anda ka dalam Whatsapp Group Peserta (ikut tarikh kursus) yang kami telah sediakan. Ianya untuk sampaikan arahan, makluman dan persediaan sebelum hari kursus kahwin online seperti ATURCARA, PERATURAN dan CARA DOWNLOAD apps Microsoft Teams.

8. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan "nombor invois". 

_________________________________________________________________________________________________________

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Mendaftar Kursus Kahwin Online?


Selepas anda mendaftar pada laman web ini:


1.  Mohon anda tunggu Admin masukkan anda ke dalam WHATSAPP GROUP PESERTA (ikut tarikh kursus).

2. Dalam Whatsapp Group Peserta kursus kahwin ini, anda akan diberi aturcara, peraturan yang anda kena follow untuk layak dapat sijil kursus kahwin dan cara join kursus kahwin online secara live menggunakan "Microsoft Teams" pada hari kursus kahwin online anda nanti.


Jom daftar!



Ribuan terima kasih,

Shakiroh

Admin Kursus Kahwin Manjalara




Mohon anda lihat dan pilih tarikh kursus kahwin online dan seat yang available (real time) di bawah.

Nota: 1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta.
___________________________________________________________________________

TIADA REFUND akan diberikan sekiranya: 1. Ada "pembatalan last minit" atau "penangguhan last minit" (dalam masa 24 jam dari tarikh kursus yang didaftar).  ATAU, 2. TIDAK HADIR atau TIDAK SERTAI kursus yang telah didaftar TANPA sebarang makluman kepada Admin sebelum 24 jam dari tarikh kursus . ATAU, 3. Memaklumkan ketidakhadiran "SELEPAS" sesi kursus kahwin yang didaftar telah tamat atau telah berlangsung.
__________________________________________________________


Permit Penganjuran JAWI:

Manjalara – Siarra Ventures (SA0295249-H)


Payment gateway dan payment processing:

AFA Bizventures PLT (LLP0008397-LGN)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kursus kahwin online Manjalara 20 Feb 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 21 Feb 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 27 Feb 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 28 Feb 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 6 Mac 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 7 Mac 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 13 Mac 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 14 Mac 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 20 Mac 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 21 Mac 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 27 Mac 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 28 Mac 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 3 April 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 4 April 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 10 April 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 11 April 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 17 April 2021 (Sabtu) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 18 April 2021 (Ahad) HABIS STOK
Kursus kahwin online Manjalara 24 April 2021 (Sabtu)
32
Kursus kahwin online Manjalara 25 April 2021 (Ahad)
51
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN