Kursus Kahwin Manjalara

Kursus Kahwin Manjalara

Adakah anda . . .

  • Anda nak nikah, tetapi anda & pasangan masih BELUM ADA sijil kursus kahwin ?

  • Anda nak akad nikah, tetapi anda & pasangan TAK TAHU KAT MANA nak ambik kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin yang SAH & BERTAULIAH ?

  • Anda nak buat majlis perkahwinan, tetapi anda dan pasangan TAK TAHU MACAM MANA CARANYA nak memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam?

  • Anda nak kahwin, tetapi anda tak tahu 'DOKUMEN WAJIB' apa yang anda & pasangan kena sediakan untuk memohon kelulusan nikah? 

  • Anda hendak nikah, tetapi anda dan pasangan ada HALANGAN ? Contohnya - pasal wali, pasal saksi, dokumen tak cukup, nak nikah dengan warga asing atau pening dengan proses nikah antara negeri  

  • Anda tak tahu kat siapa anda boleh RUJUK kalau anda ‘STUCK’ atau pening-pening sewaktu anda hendak isi borang dalam sistem untuk memohon kelulusan pernikahan anda?


Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Tahukah anda bahawa sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH (dari JAWI & JAKIM) untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

  • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kelulusan nikah.


Kini, giliran anda & pasangan pula . . .


Tahukah Anda Yang . . .

  • Kursus kahwin pada waktu PKPP ni TAK LAMA - 1 HARI saja

  • TIADA UJIAN LISAN atau TIADA UJIAN BERTULIS sewaktu kursus kahwin berlangsung. Anda cuma perlu DUDUK & DENGAR sahaja. 

  • Malah ada 2 KALI MAKAN-MAKAN. Jadi, anda tak perlu dah nak keluarkan duit lain nak makan-makan.


Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

Kalau anda belum tahu:

  • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysiatidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

  • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.






Kat Mana?  

Kursus Kahwin Manjalara







Penganjuran di dalam Dewan Ceramah Masjid Imam Al Ghazali. 

Di sekeliling, ada kedai-kedai makan, stesen minyak Petron dan Petronas, ATM dan TESCO.


Alamat tepatnya:


Kursus Kahwin Manjalara

Dewan ceramah Masjid Imam Al Ghazali Bandar Menjalara

Jalan 1/62a

Bandar Sri Menjalara

52200 Kuala Lumpur



WAZE - taip Masjid Imam Al Ghazali.


Nota 1: Peserta perempuan yang uzur atau berada dalam haid jangan risau - no problem, boleh hadir. Kerana kursus kahwin dalam dewan ceramah.

Nota 2: Parking yang luas di dalam kawasan masjid.



_____________________________________________________________________


Tarikh Kursus Kahwin Yang Available

Pada waktu PKPP, kursus kahwin dibenarkan dianjurkan hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.

Setiap 1 sesi kursus kahwin hanyalah 1 hari sahaja (kursus kahwin tamat 1 hari sahaja)

Ini bermakna, kursus kahwin ini ada 2 sesi sahaja setiap minggu.

Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang masih avaialable, anda boleh lihat "di bawah sekali pada laman web ini".


Waktu Atau Masa Kursus Kahwin

Sabtu atau Ahad (sehari sahaja):

  • 8.00 – 8.50 pagi – check ini menggunakan apps MySejahtera, check suhu, ambil file dan buku serta sarapan (sarapan disediakan).

  • 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 4.00 petang (makan tengahari disediakan)
  • 4.00 petang - kursus kahwin tamat.




Berapa Yuran Tu?

Pada waktu PKPP, yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM100 untuk setiap peserta.

Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk 2 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain.

Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.

Kalau ada, boleh report dengan JAWI.


Bila Nak Kena Bayar Yuran?

Oleh sebab kami mengikuti nasihat dan SOP kesihatan dan MKN, transaksi pembayaran yuran akan dibuat secara online pada laman web ini sebelum anda hadir ke kursus kahwin.

Setelah anda pilih tarikh kursus kahwin dan jumlah seat, anda boleh terus buat bayaran yuran di ruang di bawah sekali pada laman web ini.


  1. Apa Yang Perlu Bawak Sewaktu Hadir Kursus Kahwin Nanti ?

    Bila anda hadir ke kursus kahwin nanti, anda perlu bawa atau sediakan 6 perkara ini:

      1. Proof of payment - print out atau gambar
      2. 1 salinan IC
      3. "Borang Kursus Kahwin" (mohon klik untuk download di sini kerana ianya diwajibkan oleh JAWI).  
      4. Face mask
      5. Apps MySejahtera
      6. Sejadah dan telekong sendiri (seperti nasihat dan SOP MKN)

    Nota 1:

    Untuk "Borang Kursus Kahwin",  anda boleh download di sini, print, isi dan bawa sewaktu anda hadir ke kursus kahwin nanti.

    Nota 2:

    Bagi anda yang sukar untuk download atau print Borang Kursus Kahwin, borang ini juga disediakan pada waktu anda hadir ke kursus kahwin nanti.





    Nak Pakai Macam Mana Bila Datang Kursus?

    Senang. Ikut macam ni je.

    • Lelaki - smart kasual, sopan dan pastikan pakai baju berkolar. Elakkan pakai gelang, rantai, subang atau cap. Elakkan juga pakai seluar jeans lusuh dan koyak. 

    • Perempuan - sopan dan tutup aurat. Elakkan pakai pakaian ketat atau seluar. Paling bagus berbaju kurung atau berjubah.

    Jangan lupa, tau?


    Bila Tamat Kursus Kahwin, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

    Setelah anda masuk atau sertai kursus kahwin, sijil akan dikeluarkan oelh JAWI selepas 3 hari bekerja.

    Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui Whatsapp.


    Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

    Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

    1.  Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima Whatsapp dari kami. Ofis kami dibuka 6 hari seminggu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang (Jumaat, ofis cuti). Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

    Atau,

    2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda.  Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

    Ataupun,

    3. Anda boleh gunakan khidmat courier kami (J&T Express atau PosLaju). Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

    Nota:

    Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.






    Soalan Lazim

    Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
    A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

    Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
    A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

    Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
    A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 

    Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
    A. Mereka perlu membawa MyPR, MyKAS atau passport serta 1 salinannya.

    ______________________________________________________________________________

Kenapa Ye Ramai Pasangan Dan Bakal Pengantin Sering Pening-Pening Dan Stress?

Haaa! Kenapa ye jadi pening-pening dan stress?

Sedangkan majlis kahwin ni nak kena happy-happy.

Kenapa?

Dari pengalaman kami yang dah berbelas tahun membantu pasangan atau bakal pengantin, kebanyakan dari mereka ni:

1. Sediakan ‘dokumen-dokumen wajib’ untuk memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam Negeri secara ‘last minit’.

2. Ramai pasangan jadikan kursus kahwin perkara yang ‘last’ dalam senarai persiapan perkahwinan mereka. Mereka tak ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri. 

3. Mereka tak tahu macam mana nak lengkapkan borang permohonan secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat. 

4. Mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa sekiranya mereka ‘sangkut’ dalam usaha nak dapat kelulusan nikah.


Jadi, bagi elakkan perkara-perkara macam ni terjadi kepada anda & pasangan, eloklah anda & pasangan sertai kursus kahwin ni lebih awal.

Dalam kursus kahwin nanti, anda & pasangan boleh tanya habis-habis penceramah apa-apa sahaja yang anda musykil atau tidak faham. 

Malah anda boleh memohon jasa baik untuk menghubungi penceramah atau tenaga pengajar ini walaupun selepas kursus kahwin tamat.

Insya-Allah. Biasanya, mereka akan sudi membantu.




Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?


Untuk lihat details dan daftar, mohon anda klik button di bawah:






p.s. Yang masih bujang, solo atau belum nak kahwin pun boleh masuk kursus kahwin ni. Sijil kursus kahwin kan TAK EXPIRED. Simpan elok-elok. Bila nak kahwin, sijil kursus kahwin dah ada.

p.p.s Orang-orang dari negeri-negeri lain selain KL macam mana? Boleh join, tak? Apasal pulak tak boleh? Kursus kahwin ini terbuka kepada sapa-sapa sahaja dari seluruh Malaysia. Ini kerana sijil kursus kahwin JAWI ini sah laku untuk digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

p.p.p.s Ramai muda-mudi atau pasangan telah ambil kesempatan masuk kursus kahwin awal-awal sekarang sewaktu UJIAN masih belum diwajibkan

p.p.p.p.s Pada waktu PKPP, kursus kahwin hanyalah "SEHARI SAHAJA" berbanding 2 hari pada waktu sebelum ini.