Adakah anda . . .
- Anda nak nikah, tetapi anda & pasangan masih BELUM ADA sijil kursus kahwin ?
-
Anda nak akad nikah, tetapi anda & pasangan
TAK TAHU KAT MANA nak ambik kursus kahwin
dan dapatkan sijil kursus kahwin yang
SAH & BERTAULIAH
?
-
Anda nak buat majlis perkahwinan, tetapi anda dan pasangan
TAK TAHU MACAM MANA CARANYA nak memohon kelulusan perkahwinan
dari Jabatan Agama Islam?
-
Anda nak kahwin, tetapi anda tak tahu
'DOKUMEN WAJIB'
apa yang anda & pasangan kena sediakan untuk memohon kelulusan nikah?
-
Anda hendak nikah, tetapi anda dan pasangan ada
HALANGAN
? Contohnya - pasal wali, pasal saksi, dokumen tak cukup, nak nikah dengan warga asing atau pening dengan proses nikah antara negeri.
-
Anda tak tahu kat siapa anda boleh RUJUK kalau anda
‘STUCK’ atau pening-pening
sewaktu anda hendak isi borang dalam sistem untuk memohon kelulusan pernikahan anda?
Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?
Tahukah anda bahawa sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH (dari JAWI & JAKIM) untuk kawasan Kuala Lumpur.
Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.
-
Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.
-
Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kelulusan nikah.
Kini, giliran anda & pasangan pula . . .

Tahukah Anda Yang . . .
-
Kursus kahwin di sini TAK LAMA - 1 HARI SETENGAH saja. Tengahari hari kedua, kursus dah tamat. Jadi, anda ada masa nak settlekan hal-hal lain pula.
-
Masih BELUM ADA ujian lisan atau ujian bertulis sewaktu kursus kahwin berlangsung. Anda cuma perlu DUDUK & DENGAR sahaja.
-
Malah ada 3 KALI MAKAN-MAKAN. Jadi, anda tak perlu dah nak keluarkan duit lain nak makan-makan.
Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?
Kalau anda belum tahu:
-
Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.
-
Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.
-
Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia – tidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.
-
Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.
![]()
Kat Mana?
Anda boleh pilih antara 2 pusat kursus kahwin ni:
-
Kursus Kahwin Danau Kota
-
Kursus Kahwin Manjalara
_______________________________________________________________________
1. Kursus Kahwin Danau Kota
![]()
Di tapak Uptown Danau Kota. Di sebelah stesen minyak Petronas & Shell Danau Kota.
Jarak
3 minit sahaja dari shopping kompleks Setapak Sentral
(nama dulu KL Festival City).
Parking luas, ada ATM Maybank dan CIMB di stesen minyak Petronas dan Shell, kedai runcit 99 Speedmart
dan ada kedai-kedai makan disekelilingnya.
Alamat tepatnya:
Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 Medan Selera Danau Kota Jalan 3A/6
Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur
WAZE - taip Kursus Kahwin Danau Kota.
Nota: Parking yang luas di sekeliling pusat kursus kahwin.
_____________________________________________________________________
2. Kursus Kahwin Manjalara
![]()
Penganjuran di dalam Dewan Ceramah Masjid Imam Al Ghazali.
Di sekeliling, ada kedai-kedai makan, stesen minyak Petron dan Petronas, ATM dan TESCO.
Alamat tepatnya:
Kursus Kahwin Manjalara
Dewan ceramah Masjid Imam Al Ghazali Bandar Menjalara
Jalan 1/62a
Bandar Sri Menjalara
52200 Kuala Lumpur
WAZE - taip Masjid Imam Al Ghazali.
Nota 1: Peserta perempuan yang uzur atau berada dalam haid jangan risau - no problem, boleh hadir. Kerana kursus kahwin dalam dewan ceramah.
Nota 2: Parking yang luas di dalam kawasan masjid.
_____________________________________________________________________
Tarikh Kursus Kahwin Yang Available
Mohon anda pilih masukkan mana-mana tarikh idaman hati anda & pasangan.
1. Ada kursus kahwin hari Sabtu & Ahad (Danau Kota & Manjalara)
2. Ada kursus kahwin hari Rabu & Khamis - kursus kahwin hari bekerja (Danau Kota sahaja)
Anda akan dapat lihat di borang di bawah sekiranya seat sudah penuh. Jika anda masih boleh mendaftar, maknanya masih ada seat kosong.
Masukkan tarikh di ruang tarikh dalam borang di bawah. Mudah.
MAKLUMAN PENTING!
Untuk bulan Jun 2020 - JAWI sediakan "UJIAN UNTUK PENGECUALIAN HADIRI KURSUS KAHWIN" bagi bakal pengantin yang BERMASTAUTIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN (KL, Labuan Dan Putrajaya) dan nak nikah juga di Wilayah Persekutuan pada bulan Jun 2020 sahaja.
Untuk kursus kahwin di Wilayah Persektuan bermula 1 JULAI 2020, masih belum ada tarikh kursus kahwin yang dimaklumkan oleh JAWI. Oleh itu, mohon anda masukkan perkataan "PRA BOOKING DAN TARIKH CADANGAN ANDA UNTUK HADIR KE KURSUS KAHWIN" bermula 1 Julai 2020.
Kami akan akan hubungi anda semula selepas kami menerima tarikh-tarikh kursus kahwin yang dibenarkan oleh JAWI kelak yang bermula 1 Julai 2020.
Kursus Kahwin Danau Kota
| 1. Setiap Sabtu & Ahad (setiap minggu) 2. Setiap Rabu & Khamis - kursus kahwin hari bekerja (setiap minggu) |
Kursus Kahwin Manjalara
| 1. Setiap Sabtu & Ahad sahaja (setiap minggu)
|
Nota:
Apabila tarikh kursus kahwin yang baru dikeluarkan JAWI nanti, kami akan segera maklumkan anda melalui email dan Whatsapp.
Waktu Atau Masa Kursus Kahwin
Sabtu (atau Rabu):
- 8.00 – 9.00 pagi – isi borang, ambil file dan buku (sarapan disediakan)
- 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (makan tengahari disediakan)
Ahad (atau Khamis):
- Kursus kahwin bermula jam 8.30 pagi.
- Kursus kahwin tamat jam 2.00 petang (makan pagi disediakan)
Berapa Yuran Tu?
Untuk kursus kahwin bermula 1 Julai 2020, JAWI belum maklumkan berapa yuran yang akan ditetapkan untuk setiap peserta.
Bila Nak Kena Bayar Yuran?
Anda BOLEH bayar yuran pada hari anda hadir ke kursus kahwin nanti.
Janji anda daftar secara online dulu kat borang di bawah.
Kat borang di bawah ni, DAFTAR FREE TANPA deposit atau TANPA bayar penuh. Walaupun kat borang tu akan keluar caj RM15 untuk setiap peserta, anda tak perlu bayar apa-apa. Terus je isi ruang yang lain.
Senang, kan?
Nak Bawak Dokumen Apa?
Bila anda hadir ke kursus kahwin nanti, anda perlu bawa 2 dokumen ini:
- 1 salinan IC
- Borang Kursus Kahwin (diwajibkan oleh JAWI)
Bila anda dah isi borang di bawah dan submit, anda akan dapat email.
Dalam email tu ada link untuk anda download Borang Kursus Kahwin.
Anda boleh print, isi dan bawa borang ini nanti. Mudah.
Nak Pakai Macam Mana Bila Datang Kursus?
Senang. Ikut macam ni je.
- Lelaki - smart kasual, sopan dan pastikan pakai baju berkolar. Elakkan pakai gelang, rantai, subang atau cap. Elakkan juga pakai seluar jeans lusuh dan koyak.
- Perempuan - sopan dan tutup aurat. Elakkan pakai pakaian ketat atau seluar. Paling bagus berbaju kurung atau berjubah.
Jangan lupa, tau?
Soalan Lazim
Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.
Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.
Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin.
Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
A. Mereka perlu membawa passport dan 1 salinan passport.
______________________________________________________________________________
Kenapa Ye Ramai Pasangan Dan Bakal Pengantin Sering Pening-Pening Dan Stress?
Haaa! Kenapa ye jadi pening-pening dan stress?
Sedangkan majlis kahwin ni nak kena happy-happy.
Kenapa?
Dari pengalaman kami yang dah berbelas tahun membantu pasangan atau bakal pengantin, kebanyakan dari mereka ni:
1. Sediakan ‘dokumen-dokumen wajib’ untuk memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam Negeri secara ‘last minit’.
2. Ramai pasangan jadikan kursus kahwin perkara yang ‘last’ dalam senarai persiapan perkahwinan mereka. Mereka tak ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri.
3. Mereka tak tahu macam mana nak lengkapkan borang permohonan secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat.
4. Mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa sekiranya mereka ‘sangkut’ dalam usaha nak dapat kelulusan nikah.
Jadi, bagi elakkan perkara-perkara macam ni terjadi kepada anda & pasangan, eloklah anda & pasangan sertai kursus kahwin ni lebih awal.
Dalam kursus kahwin nanti, anda & pasangan boleh tanya habis-habis penceramah apa-apa sahaja yang anda musykil atau tidak faham.
Malah anda boleh memohon jasa baik untuk menghubungi penceramah atau tenaga pengajar ini walaupun selepas kursus kahwin tamat.
Insya-Allah. Biasanya, mereka akan sudi membantu.
Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?
Anda boleh buat macam ni:
1. Isi borang online kat bawah ni.
a. Masukkan KUANTITI (jumlah yang akan daftar).
b. Walau keluar berapa RM pun, anda TAK PERLU bayar apa-apa.
2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan tarikh pilihan anda.
3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - anda dan sesiapa yang turut nak daftar bersama anda - nama, email, handphone.
4. Di BUTIRAN PEMBAYARAN - TICK KAEDAH PEMBAYARAN. Yang lain tak payah usik. Tinggal je macam tu.
5. TICK PENGESAHAN dan 'hantar'.
6. Check email anda untuk lihat pengesahan dan maklumat penting.
7. Beberapa hari sebelum tarikh anda masuk kursus kahwin, anda akan terima Whatsapp yang remind anda tentang tarikh kursus kahwin, cara berpakaian, aturcara, masa dan dokumen apa yang anda perlu bawa.
8. Kalau ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus Whatsapp kami (butang Whatsapp kat tepi kanan laman web ini).
9. Insya-Allah, kami akan segera bantu.
Jom daftar.
Masuk kursus kahwin awal-awal.
JOM!
Ribuan terima kasih
Dari team Pra Booking Kursus Kahwin KL
![]()
p.s. Yang masih bujang, solo atau belum nak kahwin pun boleh masuk kursus kahwin ni. Sijil kursus kahwin kan TAK EXPIRED. Simpan elok-elok. Bila nak kahwin, sijil kursus kahwin dah ada.
p.p.s Selain kursus kahwin Sabtu & Ahad, kursus kahwin hari bekerja (Rabu & Khamis) pun ada. Elok sangat untuk anda yang bekerja atau sibuk pada hari Sabtu & Ahad.
p.p.p.s Orang-orang dari negeri-negeri lain selain KL & Putrajaya macam mana? Boleh join, tak? Apasal pulak tak boleh? Kursus kahwin ini terbuka kepada sapa-sapa sahaja dari seluruh Malaysia. Kami 'welcome' anda!
p.p.p.p.s Ramai muda-mudi atau pasangan telah ambil kesempatan masuk kursus kahwin awal-awal sewaktu UJIAN masih belum diwajibkan. Tahun 2019 takde ujian. Tahun 2020? Susah nak cakap.