"Waiting List Kursus Kahwin KL"

Waiting List Untuk Kursus Kahwin KL
Oleh sebab jumlah peserta dihadkan untuk setiap sesi kursus kahwin KL untuk mematuhi SOP MKN & KKM sedangkan ramai pasangan atau bakal pengantin yang nak sertai kursus kahwin, kami terpaksa menyediakan waiting list.
Waiting list ini adalah:
- Senarai menunggu untuk sertai kursus kahwin di Danau Kota dan Manjalara sebaik sahaja ada seat yang available (tanpa mengikut tarikh).
- Turutan giliran adalah mengikut nombor invois yang anda akan dapat sebaik sahaja anda daftar waiting secara online di laman web ini.
- Kami akan hubungi anda melalui Whatsapp atau e-mail sebaik sahaja ada seat yang available di kursus kahwin Danau Kota dan Manjalara nanti.
Bila Kursus Kahwin KL Akan Bermula?
Kursus kahwin Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan Putrajaya) akan bermula pada Sabtu, 4 Julai 2020.
Dan penganjuran akan dibuat setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu (1 sesi pada Sabtu dan 1 sesi pada Ahad).
Kursus Kahwin Secara Bersemuka
Kursus kahwin Danau Kota dan Manjalara adalah secara BERSEMUKA.
Berbanding dengan kursus kahwin secara online, para peserta termasuk anda akan dapat bertanyakan apa-apa soalan, kemusykilan atau masalah terus kepada penceramah-penceramah yang berpengalaman - terutama dalam bab "bagaimana nak memohon kelulusan nikah".
Juga berbanding dengan kursus kahwin online, kursus kahwin secara bersemuka TIADA UJIAN.
Berapa Jam?
Pada waktu PKPP ini kursus kahwin Wilayah Persekutuan tidak lebih dari 6 jam pembelajaran sahaja.
Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?
Kalau anda belum tahu:
- Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.
- Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.
- Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia – tidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.
- Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.
Kat Mana?
Anda boleh pilih antara 2 pusat kursus kahwin ni:
- Kursus Kahwin Danau Kota
- Kursus Kahwin Manjalara
_______________________________________________________________________
1. Kursus Kahwin Danau Kota
Di tapak Uptown Danau Kota. Di sebelah stesen minyak Petronas & Shell Danau Kota.
Jarak
3 minit sahaja dari shopping kompleks Setapak Sentral
(nama dulu KL Festival City).
Parking luas, ada ATM Maybank dan CIMB di stesen minyak Petronas dan Shell, kedai runcit 99 Speedmart
dan ada kedai-kedai makan disekelilingnya.
Alamat tepatnya:
Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 Medan Selera Danau Kota Jalan 3A/6
Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur
WAZE - taip Kursus Kahwin Danau Kota.
Nota: Parking yang luas di sekeliling pusat kursus kahwin.
_____________________________________________________________________

Kursus Kahwin Manjalara
Dewan ceramah Masjid Imam Al Ghazali Bandar Menjalara
Jalan 1/62a
Bandar Sri Menjalara
52200 Kuala Lumpur
1. Face mask
2. Download apps MySejatera (wajib seperti arahan MKN).
Dari Admin KursusKahwin.com.my